eViewMelaka
SISTEM EVIEW KERAJAAN NEGERI MELAKA
MEDIUM HEBAHAN
1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka (https://www.melaka.gov.my)


Portal rasmi Kerajaan Negeri Melaka adalah merupakan medium komunikasi dan saluran rasmi Kerajaan Negeri Melaka bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti di bawah inisiatif Kerajaan Elektronik.

Portal ini juga merupakan gerbang utama dan pusat setempat bagi maklumat dan perkhidmatan online Kerajaan Negeri Melaka yang menghubungkan pelanggan kepada laman web/ portal jabatan negeri/ pihak berkuasa tempatan / agensi-agensi di bawah bidang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Oleh yang demikian, mana - mana Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang ingin membuat hebahan melalui portal berhubung dengan majlis / program / kempen / sebutharga / tender rasmi, boleh membuat permohonan hebahan tersebut melalui sistem eViewMelaka ini.

Walaubagaimanapun, keutamaan paparan hebahan adalah tertakluk kepada majlis / program / kempen / sebutharga / tender yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Oleh yang demikian, pihak pentadbir eViewMelaka mempunyai hak untuk meminda tarikh paparan yang dipohon oleh Jabatan / Agensi mengikut keutamaan program rasmi Kerajaan Negeri Melaka.

Hebahan - hebahan ini akan dipaparkan samada dalam bentuk banner utama (bersaiz 2000px X 780px) di halaman utama Portal ataupun seksyen -seksyen tertentu mengikut kesesuaian.



2. Emel Rasmi Penjawat Awam Negeri Melaka


Perkhidmatan e-mel adalah salah satu platform penghantaran maklumat elektronik secara cepat dan pantas. Tugasan hebahan e-mel kepada hampir 2,500 akaun e-mel rasmi Kerajaan Negeri akan dilaksanakan oleh pentadbir e-mel dengan menggunakan akaun yang telah didaftarkan.

Permohonan hebahan perlu menggunakan sistem eViewMelaka yang boleh di akses melalui https://eviewmelaka.gov.my. Segala urusan pengesahan kandungan e-mel akan melalui pentadbir kandungan e-mel di Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) bagi menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian maklumat yang hendak disalurkan. Hanya hebahan rasmi sahaja yang akan disalurkan kepada akaun pengguna emel.

Saiz fail atau e-mel adalah tidak boleh melebihi 30Mb. Pemohon hebahan e-mel perlu menyediakan tajuk dan kandungan rasmi yang lengkap berkaitan dengan maklumat hebahan. Hebahan - hebahan ini akan dipaparkan dalam format poster (bersaiz 1562px X 726px).



3. Paparan LED Skrin Seri Negeri


LED Skrin Seri Negeri yang terletak di pintu masuk utama Kompleks Seri Negeri adalah merupakan salah satu medium hebahan digital bagi mewar-warkan program-program rasmi kerajaan Negeri Melaka, aktiviti-aktiviti YAB Ketua Menteri Melaka dan pelbagai info untuk makluman orang ramai dan hebahan program bagi jabatan/ agensi kerajaan Negeri Melaka dalam bentuk infografik. LED Skrin ini dikawal selia oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Segala urusan pengesahan kandungan hebahan akan melalui pentadbir kandungan di Bahagian Komunikasi Korporat melalui Sistem eViewMelaka dan dimuat naik ke paparan Skrin LED Kompleks Seri Negeri. Hebahan-hebahan ini akan dipaparkan selama 18 jam bermula 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.



4. SMS Infoblast


Sistem perkhidmatan Melaka One Number Call Centre (ONCC) merupakan satu perkhidmatan telekomunikasi yang menghubungkan antara rakyat dengan agensi-agensi yang terdapat di dalam rangkaian Melaka*Net melalui satu nombor telefon (06-3333333) dan juga perhubungan antara semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem ONCC ini termasuklah sambungan panggilan telefon ke agensi Kerajaan di Melaka, khidmat pesanan ringkas (Infoblast SMS), penyaluran pelbagai informasi seperti pelaburan, aktiviti negeri, notifikasi peringatan dan ucapan sempena hari perayaan utama negara.

Infoblast merupakan perkhidmatan SMS yang diuruskan oleh Melaka One Number Call Centre (ONCC), Bahagian Komunikasi Korporat. Perkhidmatan ini membolehkan mana-mana jabatan / agensi Kerajaan Negeri Melaka untuk menggunakannya bagi menyampaikan maklumat / info melalui SMS terus kepada telefon bimbit kumpulan sasaran.

Sistem ini dapat berfungsi menerima, menghantar dan memanjangkan SMS yang dihantar bagi tujuan iklan, promosi, jemputan, penghantaran maklumat dan ucapan.

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua Jabatan serta Agensi Kerajaan dengan kadar caj yang minima dan berpatutan.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan permohonan infoblast boleh menghubungi 06-3333333 sambungan 7030.



5. Desktop Background


Desktop Screen Seri Negeri merupakan salah satu medium hebahan yang terkini dengan menggunakan latar belakang utama paparan komputer semua kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Kerajaan Negeri yang dihubungkan dengan akaun Domain Melaka.Gov yang dikawal selia oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan komunikasi (BTMK).

Segala urusan pengesahan kandungan akan melalui pentadbir kandungan di Bahagian Komunikasi Korporat dan akan dimuat naik ke desktop secreen kakitangan di JKMM dan Jabatan Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan dan disahkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat. Format fail adalah .jpg dan bersaiz 1920 x 1080 pixels.



6. Media Sosial Rasmi Kerajaan Negeri Melaka


Facebook Kerajaan Negeri Melaka merupakan medium hebahan rasmi bagi Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Sebagai salah satu medium rasmi, Facebook Kerajaan Negeri Melaka menyalurkan pelbagai informasi seperti pelaksanaan dasar, perkhidmatan dan program semasa, dalam bentuk interaktif serta perkongsian pelbagai media rasmi Jabatan/ Agensi Negeri Melaka.



7. Siar Raya Kompleks Seri Negeri

Siar raya Kompleks Seri Negeri merupakan salah satu medium hebahan berkonsepkan audio bagi menyalurkan pengumuman rasmi berkaitan perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri Melaka kepada warga kerja Kompleks Seri Negeri.

Siaran siar raya ini merangkumi semua 5 blok pentadbiran di Kompleks Seri Negeri iaitu Blok Bendahara, Blok Bendahari, Blok Temenggung,Blok Syahbandar dan Blok Bentara. Sebarang permohonan bagi tujuan hebahan dan pengumuman siaraya ini perlu dipohon melalui sistem eViewMelaka.



eView - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka | 2018