eViewMelaka
SISTEM EVIEW KERAJAAN NEGERI MELAKA
PENGENALAN

eViewMelaka merupakan satu inisiatif Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui Bahagian Komunikasi Korporat dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menyediakan satu gerbang permohonan hebahan berbentuk kandungan digital kepada pengguna / Jabatan / Agensi / Badan Berkanun Negeri Melaka dan Persekutuan untuk hebahan kandungan berbentuk kandungan digital bagi program, majlis dan kempen Kerajaan Negeri Melaka kepada kumpulan sasaran yang dikehendaki.

eViewMelaka ini juga adalah merupakan penjenamaan semula sistem eHebahan (SisEH) berdasarkan kepada fungsi utama sistem ini. Penjenamaan semula eViewMelaka ini telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Melaka Bil 1/2021 dan mula digunakan sepenuhnya bermula pada 1.1.2022. Terdapat 7 medium hebahan digital eViewMelaka ini iaitu:

  1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
  2. Emel Rasmi Penjawat Awam Negeri Melaka
  3. LED Skrin Seri Negeri
  4. SMS Infoblast
  5. Desktop Skrin Seri Negeri
  6. Media Sosial Rasmi Kerajaan Negeri Melaka (Facebook)
  7. Siar Raya Seri Negeri

eView - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka | 2018